Etika Peperangan di dalam Islam



Bila kita melihat peperangan berlaku di luar Negara terutama di Negara teluk seperti palestin dan mesir, hati kita menjadi sayu melihat tubuh manusia tidak berdosa menjadi korban peperangan. Tahukah anda apa peraturan dan etika peperangan di dalam Islam?



1. Tidak boleh membunuh orang tua, perempuan dan kanak-kanak. Perkara ini mendapat liputan dengan panjang lebar dalam perbincangan banyak riwayat hadis berhubung dengan etika dalam peperangan semasa di zaman Rasulullah SAW.



2. Tidak boleh menyerang orang awam serta bertindak melampaui batas dan berbuat permusuhan. Terdapat tegahan bagi memastikan setiap peperangan dalam Islam menekankan keadilan dan rahmat sejagat.



3. Tidak dibenarkan membunuh tawanan perang. Larangan ini menunjukkan Islam tidak meletakkan dendam sebagai satu kemestian dengan membunuh tawanan yang ditawan semasa berlakunya peperangan.



4. Memberi layanan yang baik terhadap orang tawanan. Ini menggambarkan kerendahan budi sekalipun menang dalam peperangan bahawa ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun berbuat baik adalah prinsip Islam kepada semua orang.



5. Larangan menyeksa mayat dan tawanan. Ini lebih kepada menjaga status kemuliaan kejadian manusia sekalipun ia tidak Islam.



6. Menunaikan janji keamanan. Islam meletakkan prisip keadilan dalam mentafsirkan keamanan dengan menunaikan janji keamanan sejagat.

7. Larangan menyakiti musuh yang ingin berdamai. Sewajarnya meletakkan perasaan bertolak ansur dan saling memahami perkara yang boleh disepakati melalui saluran diplomasi.



8. Islam memberi kemaafan kepada mereka yang tertewas. Kemuncak kepada perutusan Islam dalam peperangan ialah memberi kemaafan yang melambangkan kehebatan Islam.



Amatlah penting bagi kita untuk mengetahui bahawa Islam tidak kejam di dalam peperangan dan peperangang bukanlah satu-satunya jalan pendamaian.



Sumber: prinsip ke10;kekuatan pertahanan,brig jen. Dato’ haji jamil khir bin haji baharom. Muka surat 13-14.


2 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs