Awie Bercinta Semula Dengan Erra Fazira

Pelakon dan penyanyi Awie mengakui dia meminta kebenaran isteri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ yang menyaksikan dia bergandingan semula dengan bekas tunangan, Erra Fazira dan juga Ziana Zain.
“Idea untuk menerbitkan pementasan ini timbul kira-kira dua tahun yang lalu. Ketika itu saya sedang menonton kembali filem ‘Sembilu’ dan tiba-tiba saya terfikir untuk buat sesuatu untuk mengembalikan nostalgia kegemilangan filem yang pernah mencipta fenomena pada tahun 90-an dahulu. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada isteri kerana memberikan ‘lampu hijau’ untuk saya menerbitkan konsert teaterikal ini. Pada mulanya dia memang terperanjat, tetapi dia akhirnya bersetuju. Lagipun, isteri saya juga merupakan salah seorang peminat Erra dan juga Ziana,” ujar Awie ketika sidang media ‘Suara Kita’ di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.

Jelas Awie lagi, dia tidak ada masalah untuk ‘bercinta’ semula dengan Erra. Ini kerana dia menganggap semua yang akan dipentaskan nanti hanyalah lakonan semata-mata. Tidak lebih daripada itu.

“Sebagai pelakon, saya perlu bersikap profesional dan anggap itu semua hanyalah lakonan. Jika ada peminat yang mengungkit sejarah lama nanti, saya akan bersikap terbuka. Saya boleh terima kritikan, sama ada yang baik mahu pun yang buruk. Saya mahukan sebuah pementasan yang dramatik kerana kami semua ada bakat. Saya mahu mengembalikan kenangan manis atau nostalgia filem-filem yang pernah saya lakonkan bersama Erra dan juga Ziana,” ujar Awie lagi.

Isteri Percaya Awie

Sementara itu, isteri Awie, Rozana Misbun memberitahu dia memberi kebenaran kepada Awie untuk menerbitkan ‘Suara Kita’ kerana percaya 100 peratus kepada suaminya itu.

“Apabila diberitahu tentang perancangannnya itu, saya memang terperanjat. Saya tanya Awie betul-betul sama ada dia masih ingat dengan kisah lalu atau tidak. Dia jawab tidak dan tegaskan apa yang berlaku dahulu hanyalah kisah lama. Dia yakinkan saya bahawa niatnya hanyalah untuk berkerja. Jadi, saya tidak ada masalah dan terus bersetuju. Ini adalah projek pertama Awie Entertainment untuk sebuah pementasan sebegini, dan sudah pasti saya juga turut teruja. Lagipun, saya juga meminati Erra dan Ziana, “ ujar Rozana.

Jelas Rozana lagi, dia harus memandang ke hadapan, bukan menoleh ke belakang. Ini kerana baik Awie mahupun Erra, masing-masing sudah berkeluarga.

Dalam masa yang sama, Rozana juga memberitahu dia mungkin akan sama-sama turun padang ke sesi latihan. Bukan kerana meragui Awie, tetapi atas permintaan Awie sendiri.

“Macam yang saya katakan tadi, ‘Suara Kita’ adalah projek pertama seumpamanya untuk Awie Entertainment Sdn Bhd. Oleh itu, Awie minta saya sama-sama melibatkan diri memandangkan saya adalah pengarah untuk syarikat ini.  Bukan kerana cemburu atau sebaliknya. Kalau boleh, saya memang tidak mahu terlibat langsung, termasuklah menghadiri sidang media hari ini,” ulas Rozana lagi.

‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 3 Mac sehingga 9 Mac 2014. Pementasan ini menggabungkan adegan-adegan daripada lima buah filem lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain iaitu ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2’, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2’, dan ‘Merah’.


0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs