Apa Itu LLP??

Kebiasaannya di Malaysia kita senang mendengar syarikat Enterprise, Perkongsian, Sdn. Bhd atau Berhad. Tetapi kini telah wujud satu lagi jenis syarikat di Malaysia iaitu:


Permulaan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) atau dalam atau juga dikenali sebagai LLP(Limited Liability Partnership)


Mari kenali PLT dengan lebih mendalam.
Ehsan SSM


Apakah PLT?

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) adalah satu wadah perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional.

Kepada siapa?

Struktur perniagaan PLT direka untuk semua tujuan perniagaan yang sah di sisi undang-undang bertujuan untuk mendapat keuntungan. PLT juga boleh dibentuk oleh golongan profesional seperti Peguam, Akauntan Bertauliah dan Setiausaha Syarikat bagi tujuan menjalankan amalan profesional mereka. Konsep PLT juga akan menyokong perniagaan baru dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan mereka tanpa perlu bimbang terhadap liabiliti dan aset peribadi serta keperluan pematuhan yang ketat.

Ciri-ciri utama

Antara yang lain, PLT memberi perlindungan liabiliti terhad kepada rakan-rakan kongsinya sama seperti liabiliti terhad yang dinikmati oleh pemegang saham sesebuah syarikat. PLT juga memberi fleksibiliti peraturan perniagaan dalaman melalui pengaturan perkongsian yang serupa dengan sesebuah perkongsian konvensional. 

Apa-apa hutang dan obligasi PLT akan ditanggung dan dibayar daripada harta PLT tersebut dan bukan daripada harta rakan-rakan kongsinya. PLT mempunyai status undang-undang perbadanan pertubuhan yang boleh menyaman dan disaman atas nama PLT itu sendiri, memiliki aset atas namanya dan melakukan semua perkara lain yang sah di sisi undang undang atas namanya yang sama seperti sebuah perbadanan pertubuhan yang lain.

PLT juga menawarkan fleksibiliti dari segi penubuhan, penyelenggaraan dan penamatan dan mempunyai ciri-ciri dan tarikan yang dinamik agar dapat bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa. Dengan pengenalan PLT, para usahawan akan mempunyai lebih banyak wadah perniagaan untuk dipilih mengikut kesesuaian.

Untuk maklumat lanjut sila klik yang berikut:-

Mengakses Portal MyLLP

Perkhidmatan yang disediakan melalui Portal MyLLP adalah seperti berikut:-

· Pendaftaran sebagai pengguna MYLLP portal
· Permohonan penempahan nama
· Permohonan untuk pendaftaran PLT baru
· Permohonan untuk pendaftaran PLT bagi amalan profesional (hanya dengan surat kelulusan daripada badan kawal selia yang berkaitan):-

(a) Peguam Bela dan Peguam Cara
(b) Akauntan Bertauliah
(c) Setiusaha Syarikat

Klik di sini untuk mengakses Portal MyLLP

Perkhidmatan-perkhidmatan berikut boleh didapati di kaunter Ibu Pejabat SSM di Menara SSM@ Sentral:-

· Permohonan Untuk Pendaftaran PLT Asing
· Permohonan Untuk Penukaran daripada Perkongsian Konvensional kepada PLT.
· Permohonan Untuk Penukaran daripada Syarikat Persendirian kepada PLT
· Permohonan Untuk Penukaran Nama
· Pertukaran Alamat Pejabat Berdaftar 
· Pertukaran Alamat Tempat Perniagaan
· Perubahan Jenis Perniagaan / Aktiviti Utama
· Perubahan Butiran Pekongsi – Individu
· Perubahan Butiran Pekongsi – Pertubuhan Perbadanan
· Perubahan Butiran Pekongsi – Agensi Kerajaan
· Perubahan Butiran Pegawai Pematuhan

Klik di sini untuk muat turun borang.

Bagi yang berminat menyertai roadshow LLP bolehlah klik di sini.

0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs