Malaysia Catat Rekod 36-0

Hebat! 36-0 seperti main game PES level beginner. Semalam skuad hoki wanita negara telah mencatat rekod dunia apabila membelasah skuad wanita hoki Kemboja 36-0 di temasya Sukan Sea di Yangon. Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata 2 minit satu gol. 

Rekod yang sebelum ini dipegang oleh Argentina yang menumpaskan Amerika Selatan berkesudahan 26-0 dan semalam Thailand menyamakan rekod itu apabila menumpaskan Kemboja 26-0.


Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai wirawati negara apabila menjaringkan 6 gol pada minit ke 14, 25, 42,43,62 dan 64.

Fazillah Slybester Silin menyumbang 5 gol pada minit ke 15, 31, 35, 55 dan 60. Manakala Nobaili Hashim menyumbangkan 4 gol minit ke 16,30,39 dan 65. Norazlin Sumantri menyumbangkan 4 gol minit ke 12, 21, 25, dan 60.

Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol pada minit ke 5 dan 51, Norhidayah Bokhari minit ke 21 dan 28 dan Rabiatul Adawiyah Mohamed minit ke 40 dan 55. Lima gol lain masing-masing menerusi Norashikin Halim pada minit ke-46, Nurul Nabila Mansur (23'), Raja Norsharina Raja Shabuddin (18'), Surizan Awang Noh (52') dan Siti Nuramira Rohani melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-70. Dan satu gol sendiri dari pemain kemboja.


0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs