Perangi Musuh Kulit Lelaki dan Wanita


Memakan makanan yang sihat dan seimbang tidak memadai jika tidak menghapuskan musuh kepada kulit lelaki dan wanita:



1. Terik matahari

Cahaya matahari yang menyentuh secara langsung kulit muka boleh merosakkan sel dan DNA kulit. DNA yang rosak akan merosakkan kolagen kulit dan mengakibatkan timbulnya tompok-tompok hitam, bersisik, tompok-tompok merah dan garis-garis kedut pada wajah.



2. Memicit jerawat

Melihat pada jerawat yang sudah ranum dan masak membuatkan kita seperti naik geram dan ingin memicit jerawat itu. Sebenarnya, memicit jerawat boleh menyebabkan jangkitan kuman yang terdapat pada jari kita sekaligus meninggalkan kesan parut pada wajah.



3. Diet yang tidak teratur

Diet yang keterlaluan kerana risaukan keadaan fizikal tidak seperti yang diinginkan boleh menyebabkan sel-sel kulit menderita dan mengurangkan gizi dalam badan. Akibatnya, keadaan kulit akan berubah menjadi pucat dan tidak bersinar. Perubahan fizikal yang tidak menentu pada badan juga boleh menyebabkan kedutan dan garis-garis halus pada wajah berpunca dari keadaan kulit yang adakalanya tegang dan adakalanya kendur.



4. Penggunaan produk yang salah

Alahan dan keradangan pada kulit boleh menyebabkan kulit wajah melalui proses penuaan lebih awal dari usia yang sepatutnya. Iritasi yang kuat pada sesetengah produk menyebabkan keradangan pada kulit wajah dan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan mengelupas. Ini juga boleh mengurangkan keberkesanan komponen dalam kulit sekaligus menyebabkan kulit menjadi pucat dan tidak bersinar serta munculnya garisan halus pada wajah.

Mari sama-sama perangi musuh kulit sekaligus mengekalkan kecantikan kulit.


0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs