Cara Menangani Konflik Di Dalam Organisasi
Konflik terjadi di mana-mana sama di rumah, di tempat kerja, di dalam organisasi malah di dalam sesebuah pentadbiran negara. Konflik biasanya terjadi disebabkan beberapa perkara:
1. Ketidakfahaman satu pihak mengenai cara sesuatu perkara itu dilaksanakan kerana kekurangan informasi dan pengetahuan mengenai perkara berkenaan.
2. Pelaksana gagal berfikir secara sistematik dan secara strategik
3. Gagal memahami tujuan sesuatu perkara dilaksanakan dan cabaran melaksanakan perkara tersebut.










