Showing posts with label semasa. Show all posts

Awie Bercinta Semula Dengan Erra Fazira

Pelakon dan penyanyi Awie mengakui dia meminta kebenaran isteri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan ‘Konsert Teaterikal Suara Kita’ yang menyaksikan dia bergandingan semula dengan bekas tunangan, Erra Fazira dan juga Ziana Zain.

Internet Malaysia Paling Lembab

Terbaru, satu laman web TechBiggy menulis berkenaan 10 negara yang mempunyai internet terlaju dan terpelahan. Dalam artikel berkenaan, negara Rom mempunyai kelajuan internet mencecah 45Mbps. 

Jika kita lihat senario di Malaysia, kelajuan internet bukanlah satu rungutan yang biasa. Ramai yang mengeluh kerana sambungan internet yang terlalu perlahan. 4G LTE baru menjejak kaki di Malaysia tapi masih tidak menyeluruh ke semua tempat. Bahkan sambungan kable fibre optik juga masih tidak dapat dirasai di kebanyakan tempat. Ini benar-benar menjadikan Malaysia antara negara yang terbawah dalam pembangunan sambungan internet.

5 Jutawan Termuda Malaysia Taun 2013

Penemuan hebat yang akan anda baca ini adalah kesimpulan daripada Senarai 40 orang terkaya Malaysia (2013). 5 orang JUTAWAN ini masih muda-muda lagi. Ada yang mewarisi harta keluarga dan ada juga yang bermula dari bawah. Yang lebih cemerlang 4 daripada 5 orang ini adalah orang MELAYU. Tentulah aku bangga sebab akukan orang Melayu. Cuba fahamkan ciri-ciri jutawan daripada cerita dibawah ini.

Taman Tema Bakal Dibina Di Rawang

Pemaju hartanah, DA Land Sdn. Bhd. hari ini melancarkan projek taman tema The Two yang bertaraf dunia dari segi dalaman dan luaran, di tapak seluas 20.4 hektar di Rawang dekat sini yang dijangka melibatkan kos terkumpul RM5 bilion.

Two yang akan dibangunkan pada awal tahun depan, bukan sahaja dijadikan sebagai resort taman tema, malah akan dilengkapi bandar borong dan cawangan pusat membeli-belah, seterusnya menjadikannya sebagai taman tema ‘tiga dalam satu.’

Ketua Pegawai Eksekutif DA Land, Derek Chew berkata, projek pembangunan mega Two adalah pembangunan bersepadu yang mana setiap komponen mendorong sinergi antara satu sama lain.

Tinta Shila Hamzah

Tiba-tiba pagi ni ternampak ramai yang tweet tentang tinta Shila Hamzah. Jadi search di web dan terjumpa tinta Shila Hamzah di mymetro.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca tinta Shila.

Syukur alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia sehingga hari ini dan pada saat ini.

Walaupun masih ramai yang mengeluh mengenai kekurangan dalam kehidupan masing-masing, Allah SWT memberikan kita peluang setiap hari untuk kita berusaha memperbaiki kekurangan dan setiap kelemahan dalam kehidupan kita.

Rozita Che Wan RM13 Juta VS Kahwin Ramai

Inisiatif kerajaan Selangor menyatukan ramai pasangan pengantin pada satu majlis memang sangat memudahkan sekaligus mengelakkan maksiat berleluasa. Malah ia juga membantu mengurangkan kos membiayai perkahwinan setiap pasangan yang baru ingin berkahwin. ikuti beritanya:

Azean Irdawaty Meninggal Dunia

PRIMODANA  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini.

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Kajian Dadah Dalam minuman Kita

Hydrocodone untuk menahan sakit, ranitidine untuk mngurangkan plak dan hydrochorothiazide untuk megurangkan kegagalan jantung dari berfungsi.
 

Felixia Yeap Gadis Playboy Yang Bertudung

Di Malaysia selagi ada isu yang boleh ditimbulkan selagi itulah akan ada gosip. Felixia Yeap, berumur 27 tahun berasal dari Ipoh, gadis model majalah playboy telah bertudung dan sangat ayu. Beliau bertudung kerana tertarik dengan pakaian yang menutup aurat terutama baju muslimah. Seperti biasa perubahan beliau mendapat reaksi negatif dan positif dan peminat beliau.

Siti Nurhaliza Dapat Cucu Pertama

Siti Nurhaliza telah selamat menimang cucu pertama mereka pada khamis lalu. Besan mereka iaitu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin juga telah berkongsi berita tersebut di twitter.

Bayi tersebut diberi nama Ayden.

Pelajar Tahfiz Mati Tergantung

MasyaAllah. Pelajar Tahfiz yang tinggi keadaan imannya seharusnya tidak melakukan perkara yang menempatkan namanya di neraka. Kematian pelajar tahfiz di Kota Bharu amat mengejutkan dan harus dipandang serius oleh semua pihak. Menurut pihak polis, selepas membuat siasatan mendapati mangsa bukan membunuh diri tetapi telah dibunuh secara terancang agar motif seperti membunuh diri. Ia kelihatan sperti cerita animasi Conan The Detective.

Malaysia Catat Rekod 36-0

Hebat! 36-0 seperti main game PES level beginner. Semalam skuad hoki wanita negara telah mencatat rekod dunia apabila membelasah skuad wanita hoki Kemboja 36-0 di temasya Sukan Sea di Yangon. Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata 2 minit satu gol. 

Rekod yang sebelum ini dipegang oleh Argentina yang menumpaskan Amerika Selatan berkesudahan 26-0 dan semalam Thailand menyamakan rekod itu apabila menumpaskan Kemboja 26-0.

Pelan Gambar Stadium Baru QPR

Queens Park Ranger (QPR) yang dimiliki oleh taikun Malaysia iaitu Tony Fernandes dalam perancangan untuk membesarkan Stadium Loftus Road. Stadium berkenaan hanya mampu menampung kapasiti 18,000 penyokong pada satu-satu masa. Ia juga merupakan antara stadium terkecil yang dimiliki kelab english.

Pada 13 Disember satu persetujuan telah dibuat antara QPR dengan GLA untuk projek membina 40,000 tempat duduk di Old Oak di Barat London.

Spongebob Bakal Dihentikan Jan 2014? Betul ke?

Minggu ini ramai terkejut kerana rumor tentang pemberhentian karton Spongebob yang begitu diminati oleh setiap lapisan masyarakat. Di Malaysia, tidak kira muda atau dewasa sangat mengingati watak Spongebob dan kawan baiknya Patrick.


Tanah Highland Tower Bakal Dijual

Hari ini genap 20 tahun tragedi Highland Tower yang telah mengorbankan 48 orang. Kejadian tragis ini sering menjadi perhatian umum dan terbaru kisah Highland Tower telah difilemkan.

Tanah Highland Towers meliputi lot banglo dan unit kediaman akan dijual selepas 20 tahun tragedi runtuhan mengejutkan negara pada 11 Disember 1993.

Banduan Melarikan Diri Di Segamat

Terbaru, ada desas desus mengatakan banduan melarikan diri dari tahanan polis di kawasan sekitar Hospial Segamat. Berita ini seperti tidak berapa jelas tetapi beberapa individu mengatakan suspek masih belum diberkas. Gambar suspek juga telah di kenalpasti:

Masjid Adalah Dari Duit UMNO

Adakah semua duit untuk membina masjid, surau adalah duit hasil daripada UMNO? Kenapa DS Najib mengungkit, bukankah sepatutnya beliau meredhakan pembinaan rumah Allah kerana sepatutnya itulah pahala di akhirat kelak.


Farizal Marlias Berkahwin Dengan Zaiton

Walaupun beliau pernah menggemparkan Malaysia kerana ditangkap khalwat satu ketika dulu, tapi itu cerita lama. Kisah itu tidak pernah memudarkan semangat beliau untuk menjadi penjaga gol nombor satu Malaysia mengalahkan Apek.

Farizal Marlias telah selamat di ijabkabulkan Jun 2013 dan 7 Disember lepas adalah majlis resepsi untuk pasangan ini. Farizal Marlias dengan rasmi telah menjadi suami kepada Zaiton Othman. Antara gambar resepsi beliau yang telah di upload oleh oh artis.

Warga Bangaladesh Mengamuk di Singapore

Pada 9.23 malam tadi, telah berlaku rusuhan di Singapore selepas berlaku kemalangan di mana sebuah bas telah terlanggar seorang pekerja asing dari Bangladesh di persimpangan Race Course Road. Dalam kemalangan itu pekerja Bangladesh tersebut dikatakan meninggal dunia.

Secara tiba-tiba & sepantas kilat, keadaan terus menjadi kecoh apabila seramai 400 orang pekerja asing telah mencetuskan huru hara dan memusnahkan harta benda awam, termasuk kereta persendirian, sebuah bas, membakar sebuah ambulance dan 5 buah kereta polis dirosak dan diterbalikkan.

Jasa Rosmah Mansor Yang Tidak Diketahui

Tiba-tiba hari ini terbaca sebuah berita yang agak mengejutkan. Datuk Seri Najib menyatakan dua jasa Rosmah Mansur yang umum tidak ketahui. Kebiasaannya Rosmah Mansor diketahui sebagai First Lady yang telah merosakkan Malaysia. Rupa-rupanya disebalik itu, beliau telah berjasa kepada negara. Apa jasa beliau?




Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs