Tips Untuk Menjadi Gembira

STRESS...STRESS...Migrain.. Biasa dah kita dengar semua tu. Kalau tak stress dengan dunia, stress pasal negara. Tak pun stress dengan menteri yang buat kenyataan pelik-pelik. So jangan stress kita rilex and chill sekarang ni k.

Tips untuk sentiasa gembira, tips ni xsusah cuma kita tak perasan je.

  1. Dapatkan tidur yang berkualiti secukupnya
    • Kita akan keletihan kalau kita penat, kita mudah marah, tiada mood, tidak bertenaga. Jadi cara paling mudah adalah ambil masa untuk berehat dan tidur. Tapi jangan tak bangun-bangun pulak.
    •  
  2.  Makan secukupnya dan minum air mineral lebih dari biasa
    • Perjalanan darah yang sempurna di dalam badan akan membantu anda bertenaga kerana darah mudah sampai ke daerah yang dituju dalam badan. Oleh itu air sangat membantu. Manakala makan makanan dan khasiat yang secukupnya adalah perlu kerana ia akan diproses menjadi tenaga dalam badan. Apabila segalanya dalam keadaan yang efisen pastinya mood kita akan menjadi happy sentiasa.
    •  
  3. Sentiasa tersenyum
    • Tidak kisah dengan keperitan hidup atau segala masalah yang dihadapi, sentiasalah tersenyum. Senyuman di kala mood kita tidak baik adalah sukar tapi percaya dengan senyuman itu, akan menukarkan mood itu menjadi mood happy.
    •  
  4. Lalui setiap hari dalam keadaan bersemangat
    • Aggapla setiap hari adalah hari yang paling indah dalam hidup kita. Energi positif ini akan menghilangkan segala yang negatif tentang diri dan hari anda. Lihatlah orang di sekeliling anda juga akan terkesan dan akan menjadi happy juga.
    •  
  5. Ambil nafas dan jangan terlalu gopoh melakukan kerja
    • Selalunya kita mengejar deadline atau mengejar objektif syarikat tetapi melupakan diri kita juga pelukan ruang untuk bernafas. Jika anda di dalam keadaan yang terlalu serabut, ambil 5 minit untuk duduk seorang diri dan tarik nafas panjang. Beri ruang untuk diri anda kembali stabil.
    •  
  6. Putuskan hubungan dengan dunia luar sebentar
    • Adakalanya terlalu berhubung dengan dunia luar, terutama melalui social network, memang menjadikan hidup ini serabut. Jadi disconnected semua social network dan lakukan aktiviti yang membolehkan anda menjadi gembira disamping menjaga kesihatan anda.
    •  
  7. Membaca sesuatu yang boleh meransang minda dan motivasikan diri anda
    • Search di google tentang kata-kata motivasi atau video motivasi, pasti anda akan tersedar semula dari kehampaan.


Pastikan diri anda sentiasa bersemangat dan happy. Senyum selalu. 



0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs