Antara Suka dan Cinta

Mungkin dah bosan baca artikel di feezzyfz.my ni kan. Apa kata kita layan sajak pulak. Jom baca sajak ni sekali dengan intonasi dan nada berlagu.

ANTARA SUKA DAN CINTA

Hmmm…. Di hadapan orang kita suka,
Lidah bebas berkata apa sahaja,

Di depan orang kita cinta,

Lidah pula berkata tiada.

Di hadapan orang kita cinta

Hati berdegup kencang kencang,

Di hadapan orang kita suka,

Hati kita akan gembira.



Di hadapan orang kita suka,

Imej sebenar kita terbuka,

Di hadapan orang kita cinta,

Segalanya akan jadi malu belaka.



Jikalau kita lihat di mata orang yang kita cinta,

Diri kan menjadi kaku dan kelu,

Jikalau kita lihat di mata orang yang kita suka,

Senyuman pahit berubah menjadi gula.



Bila orang yang kita suka menangis,

Kita akan menghibur hatinya,

Bila orang yang kita cinta menangis,

Kita pula turut mengalir air mata.



Perasaan suka bermula dari telinga,

Perasaan cinta bermula dari mata,

Jika kita berhenti merasa suka,

Umpama kita membuang telinga,

Tapi jika kita menutup mata,

Cinta berubah menjadi air mata.

0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs