Kecewa Kerana Cinta

Pernahkah anda mengalami saat putus cinta? Pernahkah anda kecewa kerana cinta? Pernahkah anda dicurangi? Pernahkah anda terasa terpinggir dan jauh dari erti cinta? Jika jawapannya ya, mari kaji 3 perkara mengapa kita putus cinta lalu kecewa. 


Cinta kali pertama 


“first love”, atau “cinta pandang pertama”, ini adalah cinta untuk kali pertama dalam hidup. Masing-masing mesti tahu perasaan pada pertama kali bertentang mata dengan kekasih untuk pertama kalinya. Perasaaan seperti ini mesti timbul, berdebar, malu, kegembiraan teramat sangat, takut dan kelu untuk berkata. Mengapa? Kerana itu adalah perasaan yang timbul kerana pengalaman pertama bercinta. Jadi dapatkah anda bayangkan apa yang terbuku di hati pasangan kekasih masing-masing bila pertama kali berjumpa? Malu untuk meluahkan perasaan. Apabila masing-masing telah kenal hati budi, akan keluar satu terma dimana “you are my true love”. Sedarkah, cinta pertama sukar dikekalkan? Hakikatnya ye, kerana mungkin kerana sifat manusia yang mudah bosan dan ghairah akan sesuatu yang baru, kita akan mencari seseorang yang boleh memahami kehendak kita bukan sekadar teman tapi mesra. Dalam mencari teman yang baru, sedarkah kita, kita telah mengecewakan seseorang yang kita pernah gelar ”true love”? kemudian, kita tidak bertemu dengan orang yang dicari, kita kecewa, bertambah kecewa lagi kerana telah melepaskan “true love”. Pernahkah terjadi? 



Cinta kerana kasihan 


Cinta ini tidak berlandaskan sayang atau cinta tetapi kerana belas kasihan terhadap seseorang yang mungkin seseorang yang terdekat dengan kita. Kerana kasihan mungkin atau termakan pujuk rayu, kita terima dia sebagai cinta hati kita. Kita mencari formula untuk mencintai dia dengan ikhlas tetapi tidak mampu kerana hati kita tidak ada rasa saying dengan dia. Jadi kita kecewa dengan keputusan itu dan kita mungkin terpaksa mengewakan seseorang lagi dalam hidup kerana menolak cintanya. 


Cinta kerana nafsu 


Cinta berlandaskan nafsu adalah seperti cinta berasaskan perkara mungkar atau terlarang. Ini kerana nafsu yang tidak terkawal boleh mendatang mudarat yang berpanjangan kepada kehidupan kita. Datangnya cinta kerana nafsu adalah apabila kita sering mendengar, melihat atau mencuba perkara yang terlarang diantara wanita dan lelaki. Sepasang kekasih yang melayari bahtera perkahwinan sebelum menikahi seseorang adalah berada di dalam keadaan yang sangat kotor dan jauh dari ALLAH. Pernahkah kita membayangkan sekiranya pasangan kita meninggalkan kita setelah melempiaskan nafsu ke atas kita? Pernahkah kita bayangkan perasaan ibu bapa kita apabila mengetahui kita terjebak di dalam maksiat dan akan menjadi bapa muda? Fikir-fikirkanlah. Kembalilah ke pangkal jalan. 

Semoga kekecewaaan diubati dengan zikir dan melakukan suruhan ALLAH. Percayalah itu adalah ubat terbaik dan itulah yang sepatutnya dilakukan.


0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs