Benarkah Gajah Takut Dengan Tikus?

Gajah antara makhluk darat yang paling besar. Tetapi mitos telah mencetuskan "gajah takut akan tikus". Mitos ini di dihebatkan oleh Penatua Pliny kembali pada A.D.77.


Jadi kebanyakan rakyat hanya mengambil kira mitos yang telah dicetuskan oleh falsafah Rom itu sebagai satu khabar angin yang dibuat-buat. Gajah besar takut akan tikus? Itu pendapat yang ketinggalan zaman.

Namun, pengkaji Jamie Hyneman dan Adam Savage telah ke Cape Town, Afrika Selatan untuk mengkaji mitos ini. Untuk melakukan kajian terperinci, mereka telah ke kawasan yang dipenuhi dengan kelompok gajah-gajah. Kemudian mereka meletakkan kedudukan tikus di sekeliling najis gajah.

gajah lari dari tikus
Ironinya, apabila gajah melalui kedudukan tikus yang dikelilingi najis gajah itu, gajah yang besar itu tiba-tiba berhenti dan seperti terkejut dengan kehadiran tikus. Gajah itu dengan sendirinya berundur dengan perlahan dan menukar langkah ke arah lain.

Kemudian, Jamie dan Adam cuba menggerakkan najis gajah untuk mengetahui samada najis berkenaan yang mengganggu gajah tersebut. Namun, gajah tersebut seperti tidak mengambil endah tindakan itu.

Kesimpulan yang dibuat mereka, mitos "gajah takutkan tikus" adalah benar dan Pliny tidak sekadar menyebarkan khabar angin sahaja.

0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs