10 Hantu Seram Di Indonesia

Hantu dengan manusia dah macam sesuatu yang biasa dan sering kali di pawagam ada cerita tentang hantu. Macam-macam hantu telah diberi gelaran nama dan sememangnya ada yang menyeramkan dan ada yang lawak.

Di Malaysia kita selalu dengar hantu kak limah, bagaimana pula dengan jenis hantu di Indonesia?


1. Leak

Leak dipercayai adalah penyihir jahat yang hanya boleh dilihat pada malam hari. Waktu siang leak akan berubah menjadi seperti manusia biasa. Sesetengah percaya leak akan berada di kubur di waktu malam untuk mengambil organ dari jenazah yang disemadikan untuk dijadikan ramuan sihir. Ironinya, sihir ini boleh menjadikan leak seekor binatang. Seram jika megetahui bahawa leak juga sebenarnya mengambil dan membunuh manusia untuk mendapatkan organ manusia yang segar. Di bali pelancong diwajibkan berpakaian sopan kerana beberapa tempat dianggap keramat.





2. Genderowo

Genderowo atau dikenali sebagai makhluk halus yang tinggi, besar dan dipenuhi bulu lebat di seluruh badan. Habitat kegemaran genderowo adalah di bawah pohon teduh dan sudut yang lembab dan gelap. Genderowo dipercayai adalah roh jenazah yang tidak naik ke langit lagi. Yang seramnya, Genderowo akan berubah menjadi seorang lelaki dan menghamilkan wanita.





3.  Hantu Jeruk Purut

Hantu Jeruk Purut mempunyai susuk badan yang sangant menyeramkan. Pada tahun 1986 kebanyakan mempercayai hantu jeruk purut tidak mempunyai kepala dan sering berkeliaran di jalan untuk mencari kuburnya. Dipercayai jika ingin melihat hantu yang tidak berkepala ini,datang ke jeruk purut di Jakarta dengan jumlah ganjil (sendiri atau bertiga). Anda berani?





4. Kuntilanak

Kuntilanak adalah dipercayai roh wanita hamil yang telah meninggal dunia. Di dalam dunia melayu kuntilanak di gambarkan sebagai wanita yang sangat cantik yang muncul bersama haruman bau kemboja dan kuntilanak menyukai pohon waru yang condong ke bawah. Kuntilanak sering mengganggu wanita hamil dan bayi yang baru lahir kerana inginkan darah yang segar semasa waktu bersalin. Jika ingin menangkap kuntilanak dipercayai melalui mencucuk paku di bahagian ubun-ubunya.





5.  Palasik

Hantu palasik adalah sejenis makhluk ghaib yang memiliki ilmu hitam di tahap tertinggi. Ia berbentuk kepala yang melayang-layang untuk mencari makanannya sendiri. Palasik ditakuti oleh ibu-ibu yang mengandung kerana palasik memakan bayi di dalam kandungan atau pun bayi yang telah meninggal.




6. Sundel Bolong 

Sundel Bolong adalah antara hantu yang agak popular dan diketahui sebagai hantu yang berambut panjang dan berbaju putih. Di bahagian punggungnya pula terdapat lubang yang menampakkan organ dalamannya yang ngeri. Diceritakan sundel bolong adalah wanita yang terbunuh akibat diperkosa dan melahirkan anaknya di dalam kubur.




7. Toyol

Toyol bukan sahaja dikenali di Indonesia malah di Malaysia juga sangat dikenali. Ia adalah anak kecil yang berwarna keperakan dan berkepala botak serta mempunyai suara seperti ayam. Kebiasaanya toyol digunakan oleh manusia yang inginkan kekayaan secara cepat dan toyol akan disuruh untuk mencuri wang. Dipercayai toyol terbentuk dari janin yang keguguran atau bayi yang mati sewaktu dilahirkan.



8. Suster Ngesot

Keadaan suster ngesot sangat mengerikan kerana wajahnya yang terlalu megerikan. Ia dipercayai dijumpai untuk kali pertama di Jalan Selamba di Jakarta dan semenjak dari itu is sering kelihatan di lorong-lorong rumah sakit. Dipercayai suster ngesot adalah wanita yang dirogol dan dibunuh lalu bahagian kakinya luka parah sehingga mengesot untuk berjalan.




9. Wewe Gombel

Wewegombel dipercayai adalah roh jahat yang suka menculik kanak-kanak yang diabaikan oleh orang tuanya Wawa gombel atau dikenali juga hantu susu mempunyai buah dada yang besar dan menjuntai ke tanah. Cerita mengatakan wewe gombel adalah wanita yang membunuh diri kerana dikejar oleh masyarakat lantaran dituduh membunuh suaminya ketika bergaduh. Nama Gombel pula diberikan kerana wewe gombel sering dilihat di Gombel, Semarang, Indonesia.




10.  Pocong

Pocong adalah hantu yang paling popular dikenali oleh masyarakat. Ia juga antara yang paling mengerikan pernah dikenali. Ia dipercayai dari mayat yang ditanam tanpa membuka ikatan kain kafannya semasa kuburnya ditutup dan kerana itu juga pocong muncul dengan keadaan melompat-lompat. Pocong juga digambarkan sebagai berwajah rata pucat dan mempunyai lobang mata yang berongga.




Diingatkan supaya kita selalu mengingati Allah dan tidak meninggalkan suruhannya supaya diri kita dihindarkan dari gangguan semua syaitan.



1 comment:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs