Mutiara kata mengenali hakikat diri mengelak kesombongan dalam diri.


1. Amat baiklah orang yang merendahkan diri bukan lantaran dia miskin. Membelanjakan harta yang dia kumpulkan bukan untuk maksiat. Mengasihani orang hina dan miskin. Dan bercampur gaul dengan ahli fiqh dan hikmah. (hadith)


2. Siapa yang merendahkan dirinya kerana Allah, nescaya ia akan diangkat oleh Allah. Dan siapa yang menyombong, nescaya akan direndahkan oleh Allah. Dan siapa yang sederhana, nescaya akan dikayakan oleh Allah. Dan siapa yang membazir(boros), nescaya akan dimiskinkan oleh Allah. Dan siapa yang banyak mengingati Allah, nescaya akan dicintai oleh Allah. (hadith)





3. Amat baiklah orang-orang yang merendahkan diri di dunia, mereka itu teman-teman para Rasul pada hari kiamat. Amat baiklah bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara sesame manusia di dunia, mereka itu akan mewarisi syurga firdaus pada hari kiamat. Amat baiklah bagi mereka yang disucikan hatinya di dunia, mereka itua akan melihat Aallah pada hari kiamat. (Isa a.s)



4. Empat perkara tiada diberikan oleh Allah melainkan untuk orang yang dikasihiNya, iaitu; diam itu adalah permulaan ibadah, tawakal kepada Allah, merendahkan diri serta zuhud di dunia. (hadith)




5. Apabila seorang hamba itu merendahkan diri, nescaya akan diangkat oleh Allah ke langit yang ke tujuh. (hadith)



6. Nabi bertanya; Mengapa aku tiada melihat kepadamu kemanisan ibadah? Para sahabat bertanya pula; Apakah kemanisan ibadah itu? Nabi menjawab; Merendahkah diri. (hadith)




7. Sesungguhnya kamu lupa dari ibadah yang paling utama, iaitu merendahkan diri. (tawaddhuk)



8. Apabila Allah memberi nikmat kepada engkau dengan sesuatu nikmat, maka terimalah dengan merendahkan diri, nescaya Allah sempurnakan nikmat itu kepada engkau. (Isa a.s)


9. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri. (Abu Sulaiman Ad-darani)



10. Sombong itu terbahagi kepada dua, iaitu; sombong zahir dan sombong batin. Sombong zahir ialah amal perbuatan yang terbit dari seluruh anggota tubuh, sedangkan sombong batin ialah suatu sifat yang terdapat didalam jiwa manusia. (Imam Ghazali)



11. Iblis enggan sujud kepada Adam lantaran kesombongannya, barangsiapa yang sombong, maka dia adalah shabat kepada Iblis. (Abu Islami)


12. Kesombongan, kemegahan, kebesaran dan ketinggian itu tidak layak bagi menusia, ia adalah milik yang maha Esa. (Imam Ghazali)




13. Kesombongan itu adalah orang yang benci kepada kebenaran dan menghina manusia. (hadith)



14. “dan sekiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, tentulah mereka akan lari dari sekeliling engkau”. (Al-Quran)



15. Janganlah kamu menjadi ulama-ulama yang sombong! Maka tidaklah cukup ilmumu itu dengan kebodohanmu. (Umar bin Khattab)





Semoga dijadikan teladan dan kesedaran terhadap diri untuk mejadi seseorang yang merendahkan diri dan mengelak kesombongan. Insyaallah.





Sumber: 1001 mutiara hikmah dan kata nasihat;kasmuri selamat;bab 12-kesombongan membawa kehancuran.

0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs