Rock OO menggegarkan!
MARVELLOUS, BRILLIANT,
AWESOME!! Itu adalah perkataan yang bisa menggambarkan betapa
seronoknya hingga ke langit dan tahap kepuasan maksima apabila menonton filem Rock ooo arahan
Mamat Khalid. Filem ini telah menemui penonton pada 28 Febuari 2013.
Pada permulaan filem ini, kami tertanya-tanya adakah ini
adalah monolog terhadap filem Rock dulu, di mana kesinambungan filem Rock OOO.
Rupanya itu adalah keadaan yang berlaku kepad Emie Mat Piah yang kembali ke
kampung dan berniaga ais kacang. Kemudian pada suatu hari, Zul Kapan iaitu
vokalis band Rimba Bara telah diintai dan dilamar oleh M.Nasir untuk menjadi
vokalis band Malaikat Maut.
Di situlah cerita Rock ooo ini bermula. Emie Mat Piah yang
mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi vokalis band rock bertemu dengan
Jojie, salah seorang tulang belakang band Rimba Bara. Niat pertemuan itu adalah
untuk menyatakan hasrat beliau untuk menjadi vokalis Rimba Bara tetapi sering
ditolak.
Kerana tiada pilihan dan semangat yang kuat, Emie telah
diterima untuk menjadi “temporary” vokalis untuk Rimba Bara. Dalam masa yang
sama, slash lakonan pekin Berjaya menarik perhatian melalui bakatnya menggoreng
gitar.
Pada suatu hari, Abang Man yang merupakan pengurus Rimba
Bara dulunya telah mengklepet anggota Rimba Bara dan telah ditahan polis.
Setelah meringkuk di penjara beberapa tahun, beliau telah dibebaskan dan
kembali kepada band Rimba Bara sebagai pengurus untuk kedua kalinya. Apabila
sampai di Kuala Lumpur, Abang Man telah menjadikan pisang berbuah dua kali
terhadap band Rimba Bara. Maka terkuburlah lagi hasrat mereka menjadi band Rock
terkemuka. Mereka kembali ke kampung. Dalam perjalanan ke kampung mereka singgah
di rumah sepupu kepada slash lakonan Apek. Mereka tidur di situ dan kemudian
mereka telah mendapat tawaran untuk menyanyi di rumah orang-orang kahwin.
Emie telah merosakkan segalanya kerana suaranya yang ke laut
dan menyebabkan sepupu slash tertekan dan “overdos” dadah lalu mati.
Untuk kali keduanya mereka telah berputus asa dan
masing-masing mengambil keputusan untuk pergi dengan haluan masing-masing.
Suatu hari, Zul Kapan telah kembali ke kampung untuk
berjumpa dengan anggota Rimba Bara. Zul Kapan menceritakan bahawa salah seorang
anggota Malaikat Maut telah “mengkongkak” itik hidup-hidup semasa salah satu
konsert mereka.
Kemudia mereka telah bersatu semula dan Rimba Bara telah
hidup kembali. Emie pula terasa kecewa dan sedih apabila hasratnya untuk menjadi
seorang vokalis Rimba Bara tidak kesampaian. Namun, Jojie dan Zul Kapan
menenangkan keadaan Emie dan melantik Emie menjadi pengurus band Rimba Bara
memandangkan Rimba Bara tiada pengurus.
Akhirnya, Rimba Bara telah menjadi “hot” dan dikenali
sehingga masuk ke Juara Lagu tahun 1988. Rimba Bara telah standing Wings dan
Search.
Antara kata-kata yang penulis ingat:
1. Pantang petani moden mengaku kalah
2. Kapal selam kalau tidak boleh ke laut, bawak ke
darat buat reban
3. Dah lama aku tak dengar ucapan berbaur politik
macam ni
4. Dalam masa-masa macam nil ah rockers kia bersatu
Jadi apa lagi tunggu, pakat ramai-ramai pergi pawagam
berdekatan untuk tengok rock oo. Pasti berbaloi dan dijamin tak rugi duit.
Terima kasih.
0 comments: