AES di Jalan Yong Peng - Segamat


AES telah diluluskan oleh Majlis Peguam Negara dan pembekuan telah dibatalkan. Baru-baru ini penulis ada melalui jalan sepanjang YONG PENG – SEGAMAT. Sepanjang jalan tersebut sangatlah tidak memuaskan ditambah dengan lopak-lopak air dan jalan tidak bertampal. Jalan juga berlubang dan ada sesetengah itu boleh mengakibatkan kerosakan rim tayar.

Beralih pula mengenai AES, penulis dapati telah terdapat 4 kamera AES telah dipasang sepanjang jalan Yong Peng – Segamat. Penulis percaya dalam beberapa bulan akan datang pastinya akan bertambah jumlah kamera ini di sepanjang jalan tersebut.

Namun kamera AES telah dipasang di:

1. Di kawasan Yong Peng - Berdekatan dengan Stesen TNB.

2. Di kawasan Labis – Berdekatan dengan Petronas Labis.

Pemasangan kamera ini ada juga kebaikan dan keburukan:

Kebaikannya;

1. Mengelak dari pemandu lori, kereta dan penunggang motosikal melebihi had laju dan merbahayakan pemandu lain

2. Mengelakkan orang ramai memotong “double line”.

3. Menyedarkan orang ramai akan peraturan lalu lintas.

Keburukannya;

1. Dipasang pada kawasan yang tidak landau dan berbukit, kelajuan akan bertambah apabila turun dari bukit dan melebihi had laju dibenarkan.

2. Keadaan jalan yang tidak memuaskan, bertampal dan tidak rata.

3. Membahayakan pemandu lain apabila seseorang pemandu telah memandu laju dan terlihat kamera AES, kemudianya melakukan “brake emergency”.

4. Tiada tanda had laju dibenarkan di kawasan tersebut.

5. Jalan yang kecil dan tidak diselenggara dengan baik.



Kesimpulannya, adalah lebih baik untuk memperbaiki jalan yang rosak serta tidak memuaskan demi kebaikan pengguna kemudian barulah kamera AES akan dipasang. Namun, diingatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk berhati-hati semasa memandu, nyawa akan tiada galang gantinya.


0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs