Jalan Raya Segamat Terlalu Bahaya?

Memandangkan kawasan Segamat sedang dalam pembinaan Lebuhraya, maka berkeliaran lori-lori yang bertan-tan di atas jalan raya di Segamat. Keadaan ini bertambah buruk bila waktu hujan turun. Setiap jam pasti akan mucul lubang baru di atas jalan raya di Segamat. Hampir setiap hari juga pengguna jalan raya berdepan risiko kemalangan dan masalah pada kenderaan. Nampaknya masih tiada pembaikan di lakukan.

Terbaru satu kemalangan melibatkan kehilangan nyawa telah berlaku di depan Bank Islam Jalan Genuang. Kawasan ini bukan sahaja berlubang malah tiada lampu isyarat. Manakala struktur arahan lalu lintas di kawasan ini seperti 'asal boleh masuk, lintas la'. Ia bukan sahaja mengundang bahaya tetapi menjadikan sikap pemandu semakin tidak berhemah.

Ini antara beberapa gambar yang menunjukkan perlunya satu pembaikan di kawasan lalu lintas di Segamat. Untuk makluman ini adalah hanya sedikit gambaran dari keadaan sebenar, berpuluh lagi kemalangan, kematian dan kerosakan kenderaan telah berlaku.







Kemalangan yang berlaku



Lagi kemalangan,


  Dan lagi,

Lagi,

Lagi,


Lagi, lihat jalan itu,


Keadaan jalan yang mungkin boleh di gambarkan,


Sesungguhnya kemalangan itu memang tidak berbau dan kita sentiasa mengelak selagi boleh, tetapi adalah sesuatu yang sangat baik jika ada pihak yang memandang serius perkara seperti ini. Bukan menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi cuma mengingatkan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.


0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs