Kenapa Lelaki Berbohong?



Kadang-kadang pasangan akan merasa kecewa, terasa hati, marah dan juga gembira gara-gara pembohongan lelaki terhadap sesuatu perkara atau fakta yang dikeluarkan dari mulut mereka. Mari ketahui 3 perkara yang menyebabkan lelaki terpaksa berbohong;

1. Mahu selamatkan diri

“kadang-kadang lelaki yang berbohong kerana mahu menyelamatkan diri sendiri dalam sesuatu perkara ataupun tidak mahu orang lain terasa. Mungkin seseorang itu belum bersedia memberitahu hal yang sebenar bimbang tidak diterima”

Tidak dinafikan memang ada antara lelaki pandai berbohong dan ada juga yang tidak pandai sehingga terkantoi bila berbohong. Dalam hidup kita sesekali, perlulah berbohong tetapi perlulah kena dengan situasi. Pada pandangan penulis tidak ada istilah “bohong sunat” seperti yang disebut sesetengah orang apabila berbohong.



2. Menjaga hati orang tersayang

Seseorang itu berbohong kerana mahu menyelamatkan sesuatu keadaan ataupun perhubungan. Mungkin pada anggapan mereka berbohong adalah jalan terbaik bagi mengelak sebarang masalah tidak diingini berlaku. Ataupun ada juga yang berbohong kerana ingin menjaga hati orang tersayang dan tidak mahu mereka terasa hati. Penulis kurang setuju jika dikatakan lelaki mudah terkantoi apabila berbohong jika dibangingkan dengan wanita. Pada penulis, keduanya sama sahaja kerana naluri berbohong adalah sama iaitu dilakukan kerana bersebab. 




3. Demi sembunyi identiti

Lelaki mungkin berbohong kerana telah menjadi tabiat mereka sejak kecil. Ini adalah satu tabiat yang tidak sihat dan wajar dijauhkan. Ada juga antara lelaki yang berbohong kerana mahu menyembunyikan identitinya dari ketahui umum.

Mungkin ada benarnya jika seseorang itu ditangkap kerana pembohongan kerana sifat lelaki itu yang tidak pernah berbohong ataupun riak wajahnya yang menampakkannya berbohong.



Jadi para wanita di luar sana, lelaki berbohong itu kerana bersebab dan tidak semestinya dia berbohong kerana diri sendiri tapi kerana saying cinta hatinya.


0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs