Bebaskan Minda Melayu dari Sangkar yang Sempit
Dasawarsa ini, melayu sering dilihat kebelakang.
Pemikiran melayu kini telah disempitkan dengan pelbagai provokasi daripada
pihak-pihak yang ingin memecah belahkan melayudari perpaduan yang telah dibina sekian
lamanya.
Lazimnya masa depan seseorang itu bergantung dan dipengaruhi
oleh persekitarannya. Ia termasuklah perkara yang berkaitan pengasuhan,
pendidikan dan pededahan kepada alam sekitar di sekelilingnya. Namun, harus
diingat ia bukan dipengaruhi dari mana dia datang, keturunannya, bangsanya atau
budayanya. Kebanyakan manusia sangat berbangga akan nenek moyang mereka yang
Berjaya atau disegani oleh manusia lain. Ada juga yang salah asuhan “wished
they had been born European or white American!” Jika diberikan peluang mahu
sahaja dilahirkan berwajah pucat sebagai salah seorang mat salih. Ini adalah
tesis dan artikel yang ditulis oleh Tan Sri Abdullah Ahmad, salah seorang
penulis dan editor yang agak terkenal.
Cuba kita pejamkan mata dan dengarkan pembaca
berita yang membaca berita di televisyen, kita hanya mendengar suara beliau
membaca berita dengan fasihnya menggunakan bahasa melayu. Tetapi selepas kita
membuka mata dan melihat muka pembaca berita berkenaan baru kita akan melihat
adakah beliau berketurunan Melayu, Cina, India atau Pakistan sekalipun. Ilmu
pengetahuan yang dikuasai mereka juga telah membebaskan mereka dari kejahilan
dan aspek negative budaya mereka.
Newscaster
yang disebut tidak bias mempunyai kefasihan di dalam bahasa Inggeris andainya
diasuh dan menerima persekitaran di Parit, Pagoh, Singapura, Bangkok (ada yang
terkecuali) atau presenters TV kita
yang fasih berbahasa melayu andainya dididik di persekitaran Kepong, Puchong
dan Pusing (ada yang terkecuali). Persekitaran ini membentuk kehidupan kita di
dalam apa jua yang kita lakukan termasuk bisnes, politik, persepsi dan
hipotesis kita dalam kehidupan.
Dalam sedar tidak sedar kini telah wujud pelbagai
jenis melayu di Malaysia, di antaranya Melayu Baru, Melayu Kampung, Melayu
Felda, Melayu Bandar, Melayu Pinggir, Melayu Elit, Melayu Bangsawan, Melayu
UMNO, Melayu PKR, Melayu PAS, Melayu DAP, Melayu Tak Apalah, Melayu Pengampu,
GRO Melayu, Melayu Penghibur, Melayu Murtad, Melayu Pasar Malam,dan Melayu
Peniaga Runcit. Anda sendiri tahu anda di kelompok mana.
Namun persoalan yang jelas apakah “mind set” dan
perlukah kita mengubah pemikiran kita untuk mengikuti perkembangan baru di
dalam politik Negara? Melayu DAP dan PKR, terutamanya Cina yang mahu mengubah
kerajaan juga adalah Islamis PAS. Kaum cina berpendapat mereka harus
menperkukuh perjuangan mereka melalui perjuangan agresif seperti yang disiarkan
oleh akhbar Nanyang Siang Pau, 23 Mei yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 30
Mei) hingga tercapai hasrat mereka. Sedarkah anda kaum melayu ternanti-nanti
untuk menguasai ekonomi di Malaysia manakala kaum cina pula ternanti-nanti
untuk mnguasai politik di Malaysia. Kedua-dua pola ini jika tidak diurus dengan
betul akan menimbulkan konfrontasi yang akan kedua bangsa dan negara. Mahukah
kita sebagai rakyat Malaysia melihat kehancuran perpaudan yang terjalin selama
ini?
Sesungguhnya mencaikan minda orang melayu adalah
amat perlu. Ia juga bukan sahaja orang melayu tetapi juga setiap bangsa di
Malaysia. Ini adalah suatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan tatkala
orang melayu sendiri tidak tahu apa yang dimahukan di dalam kehidupan mereka.
Secara normalnya orang melayu mencari kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat,
tetapi adakah ini lebih dari mencukupi? Malaysianization adalah cita-cita PKR
dan DAP, malaynization atau Islamization adalah cita-cita PAS. Manakala, melayu
UMNO adalah kombinasi yang berasaskan kedua-dua cita-cita itu. Buku ‘Liberating
The Malay Mind’ yang disarankan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad didalam artikel
tulisannya memberikan kita keupayaan untuk berfikir di luar kebiasaan kita dan
memberi aura baru dalam memberi idea baru. Manakala, General Tun Sir Gerald
Templer di dalam biografinya berkata, “The Malay are the most irritating race.
They do not know what they want.” Disini, kita seharusnya menngubah destini
hidup kita bukan hanya mencari kesejahteraan hidup tetapi juga meninggalkan
legasi yang mampu dibanggakan oleh Negara dan dimanfaatkan dalam keadaan aman
dan makmur.
Kewajipan dan segera yang diterapkan di dalam
kerajaan Najib yang menjadi objektifnya mampu memanfaattkan bangsa. Ia boleh
dilakukan dengan menwujudkan suatu dasar pendidikan yang benar-benar bekualiti
di dalam bahasa melayu, inggeris dengan pilihan bahasa lain seperti mandarin
dan arab. Bahasa melayu harus diutamakan kerana bahasa ibunda yang sekian
lamanya menjadi nadi kehidupan Malaysia. Manakala, matematik, sains, teknologi
dan sejarah yang bias memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya
bertumpu kepada kaum bangsawan sahaja. Sudah sampai masanya untuk ibu bapa
memilih corak pendidikan mereka sendiri dan keturunan mereka dengan yuran yang
murah sekalipun tidak percuma.
Politik tetap dengan politik tetapi pendidikan
tetap pendidikan. Harus diingat jangan pula menjadikan pendidikan keturunan
akan datang sebagai bola politik. Salah pehitungan kita akan membahagikan
Malaysia kepada banyak lagi melayu dan perpecahan kaum sedangkan matlamat
perdana menteri, Najib adalah satu Malaysia yang menyatukan semua rakyat
Malaysia di dalam satu rumpun. Hakikat yang perlu diterima ini sudah berlaku
dan kita seperti hidup di dalam wilayah berasingan.
Sajak yang dikongsikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad
yang dipetik dari nukilan arwah Usman Awang;
Melayu jangan
takut
Melanggar
pantang
Jika pantang
menghalang kemajuan
Jangan segan
menentang larangan
Jika yakin
kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan
Keyakinan
Jika percaya
kepada keadilan.
Nasihat kepada semu, keluarlah dari tempurung besi
mu dan lihatlah dunia ini berubah. Tuntulah ilmu, junjunglah dan muliakan ia untuk
mencairkanminda kita.
Olahan dari artikel bertajuk
Mencairkan Minda Melayu tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad, disiarkan di Sinar
Harian bertarikh 2 Jun 2013.
0 comments: