Adegan Ranjang Filem Laga
Kebelakangan ini kebanyakan cerita melayu sudah kearah barat. Adegan ranjang seperti menjadi kewajipan untuk diselitkan dalam sesebuah cerita. Ada pihak yang mengatakan ia sebagai sebuah simbolik kasih sayang.
Umum mengetahui adegan panas seperti ini sentiasa memberikan kontroversi bukan sahaja kepada artis yang terlibat tetapi memberi tempias kepada industri tempatan. Sudahlah industri tempatan umpama umpama kembang waktu pagi, kuncup di waktu petang, kontroversi seperti ini menjejaskan lagi industri perfileman.
Terbaru, adegan ranjang dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob yang
melibatkan pelakon veteran, Wan Hanafi Su dan Marsha Milan Londoh turut
menjadi serangan ramai pihak yang beranggapan pengarah itu cuba menjual
babak tersebut untuk melariskan filem.
Ismail sebagai pengarah filem berkenaan menjelaskan adegan tersebut adalah menunjukkan cara urutan batin untuk mendapatkan zuriat. Beliau mahu menunjukkan keintiman seorang suami terhadap isterinya yang lebih muda.
Adegan tersebut juga telah mendapat suntingan semula atas nasihat LPF.Filem Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih
lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.
Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.
Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.
0 comments: