Taman Tema Bakal Dibina Di Rawang

Pemaju hartanah, DA Land Sdn. Bhd. hari ini melancarkan projek taman tema The Two yang bertaraf dunia dari segi dalaman dan luaran, di tapak seluas 20.4 hektar di Rawang dekat sini yang dijangka melibatkan kos terkumpul RM5 bilion.

Two yang akan dibangunkan pada awal tahun depan, bukan sahaja dijadikan sebagai resort taman tema, malah akan dilengkapi bandar borong dan cawangan pusat membeli-belah, seterusnya menjadikannya sebagai taman tema ‘tiga dalam satu.’

Ketua Pegawai Eksekutif DA Land, Derek Chew berkata, projek pembangunan mega Two adalah pembangunan bersepadu yang mana setiap komponen mendorong sinergi antara satu sama lain.
“Kami percaya lokasi unik dan capaian terus ke dan dari Projek Lebuhraya Utara-Selatan akan memastikan kemampanan masa depan projek ini dan statusnya sebagai pembangunan runcit Malaysia yang ikonik.

“Ia akan menampilkan taman luar, separa luaran dan dalaman dengan lebih banyak pembangunan dijangkakan pada fasa akan datang untuk menjadikannya taman tema terbesar seumpamanya di dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ujarnya, Two boleh dijadikan sebagai hab serantau aktiviti memborong untuk penduduk ASEAN kerana Malaysia merupakan pusat strategik di Asia untuk pelancong.

“Ia juga boleh menjadi perhentian rehat yang ideal untuk pelancong jarak jauh yang menggunakan lebuh raya itu.

“Two adalah prospek pelaburan yang ideal memandangkan nilai projek ini terletak pada jenis pelanggan yang akan ditarik dan pelaburan runcitnya,” katanya.
 


0 comments:

Ditaja Oleh

BlogMalaysia.com

Local Blogs
Local blog Get backlinks Blogged.my DMCA.com http://www.casino.nf/\ Free url submission Local Blogs
Best Blogs Local Blogs
Best Blogs