10 Sebab Sengal Untuk Dipecat!
Kerja ni kadang-kadang membosankan. Nak berhenti bos tak bagi, tak berhenti jiwa plak merana. Mengeluh je pun tak guna, apa kata kita amik 10 sebab sengal yang buatkan bos kita berhenti kan kita tanpa sebab.
1. Ketua polis telah dituduh mencuri dari bahagian Jabatan Bomba yang berkongsi bangunan yang sama. Kamera CCTV menangkap rakaman beliau mencuri beer dari peti sejuk Jabatan Bomba.
2. Penolong Doktor Gigi Melissa Nelson dipecat kerana terlalu cantik. Bekas majikan beliau memecatnya kerana tekanan dari isteri supaya memecat beliau.
3. Penjaga pantai berusaha menyelamatkan seorang lelaki dari lemas tetapi beliau dipecat kerana membahayakan nyawa kerana meninggalkan kawasan beliau untuk menyelamatkan lelaki berkenaan..
4. Pekerja gudang dipecat kerana kentut dengan telalu kuat. Beliau memberitahu masalah berkenaan disebabkan kesan sampingan dari ubatan yang di ambil beliau.
5.Seorang pekerja dari New Zealand menghantar emel berserta prosedur mengisi borang penjagaan kesihatan. Tetapi beliau kehilangan kerja disebabkan emel yang dihantar mengandungi tulisan merah, bertulisan tebal, berhuruf besar dan menyebabkan keharmonian di pejabat itu terganggu.
6. Pekerja kedai dipecat kerana mengambil bag yang dipenuhi dengan kerepek kentang tanpa membayarnya. Pesakit diabetis itu memerlukannya untuk menambah kandungan gula dalam darahnya. Beliau membayar semula harga kerepek kentang itu semasa beliau bercuti.
7. Stacey Fearnell mencukur kepalanya untuk mendapatkan dana sebanyak $2,700 bagi menampung kajian tetang kanser. Beliau kehilangan kerja sebagai pelayan atas dasar tiada pelanggan mahu menerima layanan beliau.
8. John Oakes dibuang kerja sebagai Santa Claus oleh sebuah gedung Australia kerana mengeluarkan perkataan "HO, HO, HO". Gedung berkenaan menyukai perkataan "HA, HA, HA" dan perkataan "HO" berbunyi seperti "WHORE" yang bermaksud pelacur.
9. Pekerja McDonald's dipecat kerana memberi rakan sekerja beliau sepotong keju secara percuma jika membeli burger. McDonald's meminta beliau membayar $5,900.
10. Perdana Menteri Turkimenistan, Berdyumkhamedow memecat 30 orang dari State-Run TV Channel. Beliau marah apabila mengetahui seekor lipas telah lalu di atas meja berita sewaktu berita 9PM disiarkan secara langsung.
Memang pelik kan!
0 comments: